Kami memulakan perusahaan TEMPE secara kecil-kecilan di awal pembabitan dahulu. Dengan pengetahuan yang terlalu sedikit, kami tetap juga meneruskan niat untuk mengusahakan TEMPE. Tanpa segan silu bertanya dan mencari apa sahaja maklumat tentang TEMPE serta bagaimana cara hendak membuatnya. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan yang terpaksa kami tempuhi.
Peringkat awal bagi memperkenalkan TEMPE kami terpaksa menjaja dari satu tempat ke satu tempat. Operasi pengeluaran hanya dilakukan kami sekeluarga sahaja, hal ini kerana kami tidak mampu mengupah pekerja dengan modal yang sedikit tanpa sebarang bantuan. Ketika itu, pengeluaran tempe adalah secara tradisional iaitu di balut dengan daun pisang dan bersaiz kecil (Gambar 1). Di mana jumlah pengeluaran TEMPE adalah kira-kira 80 hingga 100 keping sehari dengan harga sekeping 30sen.
Akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun 1997-1998 dan bertambahnya persaingan dimana pendatang-pendatang asing dari Indonesia mula menceburkan diri dalam bidang perusahaanTEMPE kemudian menjatuhkan harga TEMPE menyebabkan bermulanya kemerosotan perniagaan kami.
Atas desakan keewangan dan terpaksa membayar kos sewa premis yang tinggi maka kami terpaksa memberhentikan operasi buat sementara waktu. Dalam waktu itu berbagai perniagaan lain yang diusahakan. Pada tahun 2006 kami telah menyertai Pameran Gerakkerja Usahawan yang telah di adakan di PISA Pulau Pinang. Semasa di Pameran itu saya telah mendapat berbagai maklumat dan pengetahuan . Pada 2007 kami telah mendapat mesin bantuan dari Jabatan Pertanian.
Disebabkan kos sewa rumah yang terlalu tinggi diPulau Pinang kami mengambil keputusan untuk berpindah di Seberang Prai. Malangnya rumah yang kami duduki ini tidak begitu sesuai untuk memulakan perusahaan TEMPE. Untuk membuat TEMPE ia memerlukan sistem peparitan yang baik. Buat masa ini kami sedang berusaha untuk mendapat tempat yang sesuai kerana kami telah mendapat bantuan mesin dari Jabatan Pertanian. Tambahan pula telah mendapat sokongan yang kuat dari anak kami yang telah menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah dan begitu berminat di bidang perniagaan. Moga-moga dengan idea dan pengetahuan yang ditimba di IPT dapat membangunkan semula empayar TEMPE yang telah diasaskan oleh kami.
0 buah fikiran:
Post a Comment