BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

RANCANGAN PERNIAGAAN

Dalam perancangan untuk melengkapkan RP yang tertangguh bagi memohon pinjaman kewangan (peruntukan siswazah) sebagai suntikan modal untuk memulakan perniagaan.

~~fns~~

Saturday, July 18, 2009

SEKITAR PAMERAN GERAK KERJA USAHAWAN DI PISA 28/07/2008







Thursday, July 16, 2009

PERMULAAN KEPADA IDEA PERUSAHAAN KELUARGA

Di awal tahun 90an, TEMPE tidak begitu dikenali di negeri Pulau Pinang. Ianya merupakan sejenis makanan yang begitu asing bagi masyarakat tempatan pada ketika itu. Mungkin juga ada orang yang tidak mengenali langsung apa itu TEMPE.


Kami memulakan perusahaan TEMPE secara kecil-kecilan di awal pembabitan dahulu. Dengan pengetahuan yang terlalu sedikit, kami tetap juga meneruskan niat untuk mengusahakan TEMPE. Tanpa segan silu bertanya dan mencari apa sahaja maklumat tentang TEMPE serta bagaimana cara hendak membuatnya. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan yang terpaksa kami tempuhi.


Peringkat awal bagi memperkenalkan TEMPE kami terpaksa menjaja dari satu tempat ke satu tempat. Operasi pengeluaran hanya dilakukan kami sekeluarga sahaja, hal ini kerana kami tidak mampu mengupah pekerja dengan modal yang sedikit tanpa sebarang bantuan. Ketika itu, pengeluaran tempe adalah secara tradisional iaitu di balut dengan daun pisang dan bersaiz kecil (Gambar 1). Di mana jumlah pengeluaran TEMPE adalah kira-kira 80 hingga 100 keping sehari dengan harga sekeping 30sen.


Berkat usaha yang gigih, akhirnya pelanggan kami pun semakin meningkat. Tambahan pula, dengan kebanjiran warga asing khususnya warga Indonesia. Jumlah pengeluaran TEMPE meningkat mendadak iaitu kepada kira-kira 800-1000 keping sehari. Hal ini menyebabkan kami terpaksa menambah tenaga kerja seramai tiga orang. Antara pelanggan-pelanggan kami adalah kantin-kantin di USM, RESCAM, Maktab Penguruan, Kilang-Kilang, Kedai Runcit, Restoran, Pasar Pagi dan Pasar Malam di sekitar Pulau Pinang.


Dengan pertambahan pelanggan dan kekurangaan pekerja, kami telah menggunakan teknologi canggih dan menggantikan daun pisang dengan plastik serta menambah saiz TEMPE dan dijual dengan harga rm 1.20. pada masa itu. Permintaan tempe telah meningkat kepada 600 hingga 700 keping. Apabila tiba musim perayaan permintaan tempe bertambah pada 2 kali ganda.


Akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun 1997-1998 dan bertambahnya persaingan dimana pendatang-pendatang asing dari Indonesia mula menceburkan diri dalam bidang perusahaanTEMPE kemudian menjatuhkan harga TEMPE menyebabkan bermulanya kemerosotan perniagaan kami.


Atas desakan keewangan dan terpaksa membayar kos sewa premis yang tinggi maka kami terpaksa memberhentikan operasi buat sementara waktu. Dalam waktu itu berbagai perniagaan lain yang diusahakan. Pada tahun 2006 kami telah menyertai Pameran Gerakkerja Usahawan yang telah di adakan di PISA Pulau Pinang. Semasa di Pameran itu saya telah mendapat berbagai maklumat dan pengetahuan . Pada 2007 kami telah mendapat mesin bantuan dari Jabatan Pertanian.


Disebabkan kos sewa rumah yang terlalu tinggi diPulau Pinang kami mengambil keputusan untuk berpindah di Seberang Prai. Malangnya rumah yang kami duduki ini tidak begitu sesuai untuk memulakan perusahaan TEMPE. Untuk membuat TEMPE ia memerlukan sistem peparitan yang baik. Buat masa ini kami sedang berusaha untuk mendapat tempat yang sesuai kerana kami telah mendapat bantuan mesin dari Jabatan Pertanian. Tambahan pula telah mendapat sokongan yang kuat dari anak kami yang telah menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah dan begitu berminat di bidang perniagaan. Moga-moga dengan idea dan pengetahuan yang ditimba di IPT dapat membangunkan semula empayar TEMPE yang telah diasaskan oleh kami.



Saturday, June 20, 2009

SEJARAH RINGKAS

Umum telah mengetahui bahawa TEMPE adalah makanan tradisi bagi masyarakat Indonesia dan merupakan negara penghasilan TEMPE berabad lamanya. Perbagai kajian telah dijalankan di seluruh dunia mengenai TEMPE sedari dulu lagi.

Kajian pertama kalinya telah dibuat oleh Prinsen Geerligs (1895), yang begitu berminat dalam mengenalpasti tentang kulat TEMPE (TEMPE mold). Diikuti oleh Boorsma (1900) yang menganalisa TEMPE dan soya bean untuk menjalankan ujikaji tentang perubahan kejadian TEMPE. Pada tahun 1924, Jansen dan Donath telah membuat penyelidikan dan mendapati TEMPE mengandungi zat makannan yang tinggi. Sewaktu perang dunia kedua, kebanyakan tahanan Jepun bergantung kepada TEMPE sebagai makanan dan sumber utama protein.

Pada tahun 1958, MS. Yap Bwee Hwa membawa contoh TEMPE yang telah dikeringkan ke Cornell University bagi melengkapkan projek kajian mikrobiologi, biokimia dan perubahan semasa kejadian penapaian TEMPE.


Sumber: Handbook of Indigeous Fermented Foods, Institute of Food Science, Cornell University, Geneva, New York

Friday, May 1, 2009

OPERASI PENGELUARAN TEMPE

KACANG SOYA DI PILIH DARI GRED YANG BAIK


SELEPAS SEMALAMAN DI RENDAM, KACANG DI MESIN BAGI MENGHANCURKANNYA.


KEMUDIANNYA DI DIDIHKAN


DI KERINGKAN DI BAWAH KIPAS


RAGI YANG TELAH DIKERINGKAN


OPERASI PEMBUNGKUSAN


TEMPE YANG SEDIA UNTUK DI JUAL


+++SEDIA UNTUK DI HIDANG+++

PENGENALAN

Tempe merupakan sejenis makanan yang di proses menggunakan ragi. Memang terkenal dalam masyarakat Jawa suatu masa dahulu, kini sudah menjadi kegemaran oleh semua lapisan masyarakat. Selain digoreng begitu saja, ianya juga boleh diperbagaikan dalam masakan harian. Tempe yang diperbuat daripada kacang soya mengandungi protein yang tinggi untuk kesihatan. Tempe bukan sahaja kaya dengan protein, malahan ia berpotensi sebagai sumber vitamin B12. Mengikut piramid makanan tempe adalah sebagai bijirin yang berada pada aras satu iaitu makanan yang kita perlu makan beberapa kali seminggu.


Disebabkan makanan ini digemari oleh orang jawa, tidak hairanlah kebanyakan pengusaha tempe ini datangnya dari keturunan jawa juga.


Ikuti entri berikutnya mengenai jatuh bangunnya perusahaan TEMPE AZW.